Skip links

Perkara Tentang Toner Mesin Fotokopi

1 – bahan utama toner ialah plastik!

Tahukah anda, serbuk toner yang anda lihat sebenarnya diperbuat daripada plastik?

Dan inilah kunci utama disebalik teknologi laser printer ini.

Plastik ada 2 ciri penting iaitu:

Ia boleh digerakkan menggunakan kuasa elektrostatik

Ia boleh dicairkan ke atas kertas lalu menghasilkan imej yang bebas noda (smudge-free) dan tajam (crisp).

Mesin fotokopi mempunyai drum berpusing (rotating drum) yang disaluti oleh bahan semi konduktor seperti Selenium. Bahan salut ini berupaya menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga elektrik, macam sel solar.

Dengan memantulkan cahaya terang dari salinan cetak ke atas drum yang berpusing tadi, ia menghasilkan satu pantulan seperti salinan asli, tetapi dalam bentuk caj statik di atas drum tersebut.

Dengan memantulkan cahaya terang dari salinan cetak ke atas drum yang berpusing tadi, ia dapat menghasilkan satu pantulan seperti salinan asli, tetapi dalam bentuk caj statik di atas drum tersebut.

2 – polyester sebagai komponen plastik

Toner berwarna adalah 85 – 95 peratus plastik, dikisar menjadi serbuk yang teramat halus. Semakin kecil partikelnya, semakin tinggi resolusi imej yang ia boleh hasilkan.

Disebabkan plastik tidak mengalirkan elektrik, partikel plastik itu boleh memegang cas statik; bermakna, ia akan melekat kepada apa-apa sahaja yang mempunyai cas yang berlawanan.

Printer laser menggunakan kemelekatan ini untuk menggerakkan toner keatas drum tersebut, dan kemudian ia berpindah pula ke atas kertas.

Kesannya, ia menjimatkan lebih tenaga dan membolehkan mesin berjalan dengan lebih pantas.

3 – lilin polipropilena (polypropylene wax) sebagai agen pelincir

Lilin polipropilena ditambah dalam toner sebagai agen pelincir untuk mengelakkan toner melekat kepada gegelung pelebur (fuser roller) dan mengotorkan salinan yang seterusnya.

4 – bahan pemberi warna c-m-y-k

Polyester pada sifat asalnya tidak berwarna. Jadi apa yang ditambah dalam kandungan toner tersebut yang menghasilkan 4 warna utama yang terdiri dari warna cyan, magenta, yellow & black ini?

Pigmen adalah bahan serbuk yang memberikan toner warnanya. Pigmen memberi pelbagai rona pada semua komponen campuran serbuk toner.

Contohnya :

Toner laser hitam mengandungi serbuk karbon hitam;
Toner laser cyan mengandungi pigmen biru 15: 3, terdiri daripada Copper Phthalocyanine;
Toner laser magenta mengandungi pigmen merah 122, terdiri daripada 2,9-Dimethyl-Quinacridone;
Toner laser kuning mengandungi pigmen kuning 180, terdiri daripada Benzimidazole.

5 – fumed silica melancarkan aliran toner

Manik-manik kaca mikroskopik (SiO2) pada permukaan partikel toner memberikan aliran yang lancar dan hampir cair. Ini penting untuk menyebarkan toner ke seluruh halaman kertas dengan laju pada pencetak pejabat moden.

6 – ejen kawalan caj memberikan toner caj negatifnya

Disebabkan toner mesin fotocopy ini menggunakan prinsip elektrostatik, toner turut mengandungi elemen kawalan caj yang bercaj negatif seperti besi, kromium atau zink bagi memastikan ianya melekat pada drum dan kertas sepanjang proses penyalinan berlaku.

Bahan-bahan ini juga membantu toner untuk melekat dengan lebih kuat dan lebih banyak pada satu-satu masa bagi menghasilkan hasil fotocopy yang berkualiti tinggi.

Di MesinFotostat.my, kami membekalkan mesin copier / multifunctional printer (MFP) recond berkualiti tinggi dan disaring rapi bersama dengan pakej servis yang pastinya berbaloi untuk pelanggan kami. Kami komited dalam membantu usahawan dan perniagaan mendapat servis mesin fotostat terbaik, menjimatkan masa, supaya anda dapat Mencetak Tanpa Batasan.

Leave a comment

error: Content is protected !!
× Whatsapp kami sekarang!